Monday, March 2, 2009

Raja Segala Durian


Mana satu durian paling sedap nih... mungkin ramai yang tertanya-tanya, durian mana yang sedap antara yang dah memang sedap nih... Negara kita ni memang hebat dengan DURIAN, pernah saya melawat Thailand (@Bangkok), durian disana rata-rata dijual 'mengkal' atau tak cukup masak.. bau pun takde.. dan yang paling glamour kat sana adalah "Kan Yau" atau Tangkai Panjang kalau di Malaysia. Sungguhpun begitu... "Kan Yau" yang ada di negara kita nih.. jauh lebih sedap dari yg kat Thai tu.. confirm..


Di Indonesia (@Bali), durian yang dijual lebih kepada durian kampung/hutan. Mungkin apa yang saya jumpa tak menandakan secara seluruh Indonesia, tetapi yang saya jumpa hanya setakat itu sshaja lah... dan rasanya... sama seperti kebanyakan durian kampung di negara kita... tak cukup "KICK" sampai ke tekak.


So, boleh dikatakan... Durian Malaysia memang power.. jenama-jenama biasa yang kita dengar D24, D2, D13, D101, D99, "Hor Lor (Labu), XO, Trekar, Udang Merah dan sebagainya.. semua ada citarasa sendiri... Sekiranya anda suka manis lemak... boleh pilih D13, D18, D99 dan kalau yang nak rasa pahit pekat sampai tekak... boleh try XO, Super XO dan yang paling Power dan mendapat taraf Cap Djempol kali ini adalah... RAJA KUNYIT... boleh tengok gambar nih... warna pun kuning macam kunyit... kalau dalam satu musim tak pekena jenis nih... tak complete rasanya. Walau bagaimana pun saranan saya supaya anda makan durian ni yang paling akhir sekali... sekiranya anda makan durian Raja Kunyit ni yang paling awal, pastu makan jenis lain... Maka, akan terjadi lah bahawa durian lain yang anda makan tu seperti takde perisa... hampeh.. So, Jgan lupa tu...


Harga Raja Kunyit ni memang mahal... kalau tengah musim banyak sekali pun, harga dia maintain sekitar RM18 sekilo.. kalau dah hujung2 tu... sehingga RM 35 sekilo.. namun jangan terkejut kalau terjumpa juga Raja Kunyit nih yang berharga RM 12 kebawah kerana 1) Mungkin yang jual tu sengaja jual murah, 2) Mungkin pasal tak tahu "Market price", atau 3) Jenis Raja Kunyit dari Perak... kerana lain sedikit rasanya dan tak sehebat Raja Kunyit dari Pahang/Kelantan(Gua Musang) sana.


So, kalau pening nak makan durian yang sedap, puas hati dan berpatutan harganya... pilih sahaja D101... barang nih pasti tidak akan mengecewakan anda.. dengan harga RM8-12 sekilo, dah cukup untuk anda datang sekali lagi nanti...


Lastly, durian saranan saya adalah D2,Udang Merah, Hor Lor, D101,XO, Raja Kunyit. Sekiranya anda dah rasa durian2 nih.. maka D24 dah tak laku lagi... he he