Friday, January 30, 2009

Mentarang


Hah?? Mentarang?? Amenda plak nih... ?

Ni la salah satu makanan laut yang tak semua tempat kat dunia ni ada.. seumur hidup aku ni pun, aku cuma jumpa benda ni kat sekitar daerah kampung aku jerr.. Sg. Besar & Sekinchan. Mana-mana kaum yang asal dari sana, memang benda ni tak asing la, boleh jumpa orang jual kat tepi jalan besar tu jer, spashly kat Sg. Leman.

Tergolong dalam golongan siput, rasanya manis bila direbus... boleh buat masak macam2.., masak tumis, masak merah, masak ngan udang kering.. waima goreng tepung pun sodap.. bentuk isi dia ada ala-ala siput Pepahat.. tapi, rasa lebih sedap dari Pepahat tu.. kalau ada yang nak merasa.. kena datang la kat kampung aku.. harga berbeza ikut musim, range dari RM 6 - 12 sekilo... susah nak carik benda nih... macam orang carik kerang, tapi dia duduk lagi dalam kat tanah lumpur dalam laut tuh.. aku pernah carik dulu... tapi tobat dah.. ha ha

Thursday, January 29, 2009

Nasi Ambeng


Nasi Ambeng merupakan salah satu jenis makanan tradisi bagi masyarakat jawa. Hidangan ini biasanya dibuat ketika majlis kenduri Tahlil, kenduri kesyukuran dan apa jua kenduri lainnya. Makanan ini populardi beberapa kawasan perkampungan di Selangor dan Johor yang mana rata-rata masyarakatnya adalah berbangsa Jawa, namun berbeza mengikut peredaran zaman.

Salam Pengenalan

Selamat Datang ke Cap-Djempol

Untuk makluman, Cap-Djempol diambil dari istilah bahasa jawa... Djempol (mahraj kena betul bila sebut tu) bermaksud ibu jari.... bila digabungkan dengan perkataan Cap, jadi bermaksud "Thumb's Up" kalau dalam bahasa Inggeris nya.. ha ha

So, Cap-Djempol akan memberi anda info-info yang saya sendiri berpendapat WAJAR mendapat pengikhtirafan Cap-Djempol bagi apa jua makanan, tempat peranginan, perjalanan dan apa sahaja dalam perjalanan hidup.

Sekiranya anda juga ada info-info yang menarik.. sila berkongsi pengalaman agar mendapat lebih pengalaman.

Salam.